Gempa bumi berkekuatan 6.9 magnitud menggegarkan selatan Filipina pada Sabtu (29 Disember), namun masih belum ada sebarang laporan tentang korban jiwa atau kemusnahan harta benda.

Gempa di Pulau Mindanao yang berpusat di 193 kilometer (km) di timur bandar General Santos dan berkedalaman 60km itu disahkan oleh Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, ancaman tsunami dikeluarkan di sebahagian kawasan Pasifik, yang berdekatan dengan pusat gempa tersebut.

Kemungkinan badai tsunami dilaporkan boleh terjadi dalam jarak 300 kilometer, di Filipina dan Indonesia.

Jabatan Sains dan Teknologi, Institut Volkano dan Seismologi Filipina pula menerusi laman web rasmi menyatakan bahawa data kekuatan gempa adalah pada bacaan 7.1 magnitud.

Sementara itu, Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan bacaan kekuatan gempa 7.3 magnitud.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Alui Bahari, gempa tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

BERITA LANJUT MENYUSUL