Gempa bumi Haiti, 14 maut

Astro Awani
Oktober 8, 2018 00:32 MYT
Seorang biarawati melihat keadaan di sebuah sekolah yang rosak susulan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud pada Sabtu, di Gros Morne, Haiti, 7 Okt, 2018. (Foto AP)
Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 5.9 magnitud di utara Haiti pada Sabtu, kini meningkat kepada 14 mangsa.
Pada masa sama, kira-kira 200 mangsa lagi dilaporkan cedera di barat laut Pelabuhan Port-de-Paix.
Angka kematian dijangka meningkat selepas gempa susulan berkuatan 5.2 terjadi pada Ahad.
Gempa susulan itu direkodkan pada kedalaman 10 kilometer dari utara Haiti.
Usaha mencari mangsa di bawah runtuhan dan bangunan yang rosak sedang dipertingkatkan.
#gempa bumi #Haiti #maut