Gempa bumi kuat 6.0 magnitud landa luar pantai barat utara Sumatera

Bernama
Disember 30, 2023 06:29 MYT
Menurut kenyataan MetMalaysia, gempa dengan kedalaman 19km itu berlaku pada jarak 323km barat dari Simeulue. -USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #magnitud 6 #pantai barat utara Sumatera #Simeulue #MetMalaysia