JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan bandar Sukabumi di Jawa Barat pada Khamis, menurut Agensi Geofizik Indonesia (BMKG).

Gempa berlaku pada 7.50 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan di 22 kilometer (km) tenggara bandar pada kedalaman 104 km.

Gegaran turut dirasai di Jakarta Selatan iaitu kira-kira 92 km dari pusat gempa.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA