Gempa bumi kuat landa pesisiran pantai Ecuador

Bernama
Disember 3, 2017 13:38 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda pesisiran pantai Ecuador pada pukul 7.19 malam ini.
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda pesisiran pantai Ecuador pada pukul 7.19 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi terletak di 0.5 darjah selatan dan 80.6 darjah timur laut dari Sullana, Peru serta 17,847 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. -- BERNAMA
#Ecuador #gempa bumi