Gempa kuat 6.8 magnitud gegar sempadan China, Tajikistan

Astro Awani
Februari 23, 2023 01:20 MYT
Gempa bumi kuat 6.8 magnitud menggegarkan sempadan wilayah Xinjiang di China dan Tajikistan pada jam 8.37 pagi, lapor CCTV negara China pada Khamis. -USGS
BEIJING: Gempa bumi kuat 6.8 magnitud menggegarkan sempadan wilayah autonomi Uighur di Xinjiang, China dan Tajikistan pada jam 8.37 pagi, lapor USGS pada Khamis.
Media negara China bagaimanapun melaporkan gegaran pada 7.3 magnitud.
Tiada laporan kerosakan bangunan, kecederaan atau kehilangan nyawa dilapor setakat ini.
USGS menjangkakan hanya "sedikit atau tiada penduduk" terjejas kepada insiden tanah runtuh akibat daripada gempa itu.
Pusat gempa dipercayai terletak di Gorno-Badakhshan, wilayah timur separa autonomi yang bersempadan dengan Afghanistan dan China.
Gegaran susulan 5.0 magnitud melanda kawasan itu kira-kira 20 minit selepas gempa awal.
Wilayah yang tidak ramai penduduk itu dikelilingi banjaran pergunungan Pamir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata gempa dengan kedalaman 49 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 363km timur laut dari Taloqan, Afghanistan.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

GB kuat M6.5 telah berlaku di Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pada 8:37 pagi, 23 Feb 2023. Pusat gempa bumi terletak 38.0°U dan 73.2°T dengan kedalaman 49 km. 363km Timur Laut dari Taloqan,Afghanistan. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/j5k7SmRjmR

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gempa bumi #Xinjiang #sempadan China Tajikistan #magnitud