Gempa kuat 7.6 magnitud landa Indonesia, Timor Leste

Astro Awani
Januari 9, 2023 23:40 MYT
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan pusat gempa dikesan 427km di selatan pulau Ambon di Indonesia pada kedalaman 95km. -USGS
GEMPA bumi kuat 7.6 magnitud melanda perairan Indonesia dan Timor Leste awal pagi Selasa.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan pusat gempa dikesan 427km di selatan pulau Ambon di Indonesia pada kedalaman 95km.

Notable quake, preliminary info: M 7.6 - Pulau Pulau Tanimbar, Indonesia https://t.co/kRNGOMDcBV

— USGS Earthquakes (@USGS_Quakes) January 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pula melaporkan beberapa gegaran susulan pada magnitud 5.5.

#Gempa Mag:5.5, 10-Jan-2023 01:09:55WIB, Lok:6.86LS, 130.36BT (162 km BaratLaut MALUKUTENGGARABRT), Kedlmn:10 Km #BMKG Disclaimer:Dlm bbrp menit pertama stlh gmp,parameter gmp dapat berubah dan boleh jadi blm akurat,kecuali tlh dianalisis ulang seismolog pic.twitter.com/0f5wG4Wjxy

— BMKG (@infoBMKG) January 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Agensi itu berkata gegaran dirasai di kepulauan Timor, Maluku, dan Papua.
Gempa telah menyebabkan penduduk keluar menyelamatkan diri di jalanan di Tual, sebuah pelabuhan di kepulauan Maluku.
Beberapa rakaman video kejadian turut tular di media sosial.
Agensi geofizik Indonesia pada mulanya mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami, namun membatalkannya tidak lama kemudian.
Gempa turut dirasai sehingga ke Darwin, ibu kota Wilayah Utara Australia.
Tiada laporan mengenai kerosakan atau mangsa kejadian setakat ini.
#gempa bumi #USGS #perairan Indonesia dan Timor Leste #BMKG