Gempa Lombok: Sekurang-kurangnya tiga maut

Agensi
Ogos 5, 2018 16:10 MYT
Sebuah ambulans dilihat berada di sebuah hotel di Lombok, Indonesia susulan gempa bumi kuat di sana pada Ahad. - YAYAN KOPI/via REUTERS
Gempa kuat melanda utara Lombok pada petang Ahad telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut, selepas seminggu kawasan yang sama mengorbankan lebih 10 mangsa seminggu yang lalu.
Gempa bumi bermagnitud 7.0 pada skala Richter itu mencetuskan amaran tsunami singkat.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengeluarkan amaran tsunami sejurus selepas gempa melanda pada jam 6.46 petang waktu tempatan, mengatakan gelombang kecil mungkin akan berlaku.
Ketua BKMG, Dwikorita Karnawati kemudian memberitahu MetroTV bahawa amaran tsunami telah berakhir.
Beliau berkata amaran itu adalah untuk tahap tsunami rendah dan gelombang kecil hanya 15 sentimeter (enam inci) tinggi dikesan di tiga buah kampung.
Jurucakap Agensi Badan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho memberitahu Kompas TV bahawa gempa bumi itu mengejutkan Mataram, ibu kota Nusa Tenggara Barat, dan mungkin menyebabkan kerosakan di sana.
Beliau berkata gempa itu juga dirasai di beberapa pulau kejiranan di Bali.
BACA: Lombok bergegar lagi!
BACA: Warga Bali panik ketika gempa melanda
BACA: Kedutaan buka bilik operasi, rakyat Malaysia di Lombok diminta bertenang
BACA: Selebriti Hollywood antara yang terkesan dalam gempa Lombok
#Bali #gempa bumi #mangsa #maut