JAKARTA:Indonesia akan bina semula kediaman dan bangunan yang musnah akibat gempa bumi kuat yang melanda Sulawesi minggu lalu, ujar Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Selasa, ketika angka kematian akibat tragedi itu mencecah 90 orang dan ribuan lagi tinggal sehelai sepinggang.
Reuters melaporkan, gempa bumi sekuat 6.2 magnitud pada Jumaat lalu itu mengakibatkan kerosakan teruk pada ratusan buah rumah, pusat beli-belah, hotel dan bangunan kerajaan. Sejak itu, terdapat 39 gegaran susulan direkodkan.
"Tidak lama lagi kerajaan pusat akan membina semula (kemusnahan itu). Bagi yang mengalami kemusnahan pada kediaman mereka, bantuan akan diberikan," ujar Jokowi ketika melawat bandar Mamuju pada Selasa.
Pemerintah Indonesia akan memberikan sejumlah 50 juta Rupiah (RM14,409) bagi membina semula rumah yang rosak teruk, manakala kediaman yang mengalami kerosakan sederhana atau kecil, bantuan sebanyak 25 juta (RM7,204) dan 10 juta Rupiah (RM2,882) akan diberikan.
"Kami berharap dengan bantuan kerajaan pusat, proses membaik pulih rumah yang runtuh, pemulihan ekonomi, proses perkhidmatan kerajaan dan birokrasi akan kembali seperti sediakala,” ujarnya.
Terdahulu pada Selasa, seorang pegawai tentera yang merupakan sebahagian daripada anggota pasukan pencari dan penyelamat, berkata bahawa hampir 10,000 orang telah dipindahkan dari Mamuju dan bandar berdekatan, Mejene.
Kebanyakan daripada mereka melarikan diri ke Parepare, sebuah bandar yang terletak sejauh 250 kilometer di selatan Mamuju.
Terletak dalam LIngkaran Api Pasifik, Indonesia sering dilanda gempa bumi. Pada 2018, gegaran sekuat 7.5 magnitud dan tsunami telah melanda Palu, di Sulawesi hingga menyebabkan ribuan orang terkorban.
Agensi meteorologi negara itu memberi amaran tentang gegaran susulan, dan risiko cuaca ekstrem pada minggu-minggu akan datang.
Indonesia diuji dengan rangkaian tragedi bulan ini, termasuk nahas kapal terbang pada 9 Januari yang mengorbankan 62 orang; bencana banjir di Kalimantan selatan yang meragut nyawa 15 orang, letusan gunung berapi dan gelongsoran tanah yang mengorbankan 40 orang di Pulau Jawa.
Agensi
Wed Jan 20 2021
Jokowi dan pegawai pihak berkuasa melawat lokasi gempa di Mamuju pada Selasa. - Reuters
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya terbangun akibat gegaran itu" - Afgan
Penyanyi popular Indonesia, Afgan, 29, berkongsi pengalamannya ketika kejadian gempa bumi di Lombok pada Julai lalu.