JENDIRIS: Jauh di sudut hatinya, Hassan Al Ali Al Ubaid Al Najam mengharapkan secebis sinar. Sekilas harapan agar ada peluang untuk melihat ahli keluarganya masih bernafas di bawah sisa runtuhan.
Timbunan sisa runtuhan yang disaksikan di hadapan mata, namun tak daya dialihkan itu, ibarat penghalang besar yang bila-bila masa boleh memadamkan peluangnya.
Begitupun, akhirnya, dia reda dengan ketentuan Ilahi apabila dimaklumkan orang tersayang yang dinanti itu tewas dalam perjuangan mempertahan nyawa.
Menceritakan pengalaman pahit itu, Hassan memberitahu, dua hari berturut-turut dia hanya mampu melihat jasad ahli keluarganya yang tanpa nyawa ditarik keluar.
“Pada hari pertama, saya berjaya keluarkan mayat ayah dan abang saat dimaklumkan pasukan operasi.
“Hari seterusnya, tiga lagi adik-beradik saya berjaya dikeluarkan dan sekarang masih ada seorang lagi yang belum ditemui,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sebuah kejiranan di Jendiris, Syria.
Dalam sebak meredam pahit rasa, Hassan tetap cuba menghimpun tabah saat berkongsikan isi hatinya.
Menyedari ketentuan yang bukan lagi dalam kuasanya untuk diubah, Hassan perlu merelakan pemergian enam ahli keluarganya. Itu termasuk seorang anak buahnya, meskipun jasadnya belum ditemui, turut dikhuatiri mengiringi yang lain menghadap Yang Maha Esa.
Bercerita lebih lanjut, dia antara yang terselamat sementara ibu dan isterinya juga tidak terlibat dalam impak buruk bencana itu kerana berada di kediaman yang berasingan.
Ketika kejadian, seluruh ahli keluarganya yang terkorban sedang berada di kediaman tingkat tiga sebelum berlakunya gegaran yang merampas nyawa mereka.
Apa yang tinggal ketika ini cuma ibu dan isterinya -- menjadi saki-baki kekuatan untuk meneruskan kehidupan tanpa yang lain di sisi.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan di lokasi berkenaan.
Runtuhan bertimpa daripada struktur bangunan yang tinggi antara cabaran pasukan penyelamat untuk menemukan mayat mangsa.
Sebahagian daripadanya turut mendakwa ada yang telah terperangkap lebih dari 72 jam dan masih belum ditemukan.
Hilmi Malik
Fri Feb 17 2023
Tiada kata dapat menggambarkan perasaan apabila melihat jasad ahli keluarga sendiri yang tanpa nyawa dikeluarkan dari runtuhan bangunan. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gempa 6.3 magnitud gegar Turkiye, Syria dua minggu selepas bencana
Gempa kali ini berkekuatan magnitud 6.3 pada kedalaman hanya 2 kilometer (km), kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).
Gempa Turkiye: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar dari runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas lebih 10 hari terperangkap di Antakya pada Khamis.
Gempa Syria: Kemelut politik sukarkan usaha pemulihan bandar
Ketegangan politik yang masih berlarutan di kawasan barat laut Syria mengakibatkan usaha pemulihan bencana gempa bumi menjadi sukar.
Gempa Turkiye: "Keluarkan mayat kanak-kanak sukar dilupakan" - Komander SMART
Pengalaman bertugas di negara luar apatah lagi terlibat secara langsung dalam operasi SAR mangsa gempa bumi di Turkiye pastinya akan melakar sejarah yang cukup bermakna buat pasukan penyelamat negara.
Gempa bumi: Kerajaan tubuh Pasukan Peninjau Khas ke Syria - Wisma Putra
Kerajaan Malaysia menubuhkan satu Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik, Syria bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan.
Gempa bumi Turkiye-Syria: GPM bergerak ke Gaziantep agih makanan kepada mangsa
Misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa gempa bumi Turkiye yang diketuai Global Peace Mission (GPM) Malaysia akan dimulakan dengan agihan makanan di Gaziantep pada Ahad.