Gempa Turkiye, Syria: Angka korban meningkat kepada 4,372

Astro Awani
Februari 7, 2023 02:25 MYT
Antara mangsa yang berjaya diselamatkan dalam runtuhan hospital di Iskenderun, Turkiye, 6 Februari 2023. -Reuters
ANKARA: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin meningkat kepada 4,372.
Angka korban di Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa dengan 15,834 dilaporkan cedera, menurut ketua perkhidmatan bencana Turkiye Yunus Sezer dalam sidang akhbar di Ankara.
Sezer berkata beliau akan memaklumkan kemas kini yang lebih komprehensif pada jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).
Manakala di Syria, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria meranapkan ribuan bangunan.
#gempa bumi #Turkiye #Syria #jumlah kematian