Gmail tingkatkan kemampuan tapis spam guna RETVec

Amanz
Disember 6, 2023 00:30 MYT
Sistem RETVec didapati mengurangkan jumlah spam yang diterima sehingga 38% berbanding sistem terdahulu. - Gambar/ Amanz
Gmail menerima kemampuan penapisan e-mel spam baharu yang lebih baik menggunakan sistem Resilient & Efficient Text Vectorizer (RETVec) minggu ini. Menurut Google, RETVec ialah penambahbaikan kepada sistem saringan e-mel dan sekuriti yang terbesar mereka lakukan setakat ini.
Sistem RETVec didapati mengurangkan jumlah spam yang diterima sehingga 38% berbanding sistem terdahulu.
Lebih penting sekali ialah ia mengurangkan kesilapan menandakan e-mel sebenar sebagai spam sehingga 19.49% peratus sekali gus menyelesaikan masalah e-mel penting tidak terbaca.
RETVec boleh mengesan e-mel dengan emoji dan aksara khas yang digunakan oleh penghasil spam untuk memintas penapis sebelum ini.
Emoji tidak boleh dibaca sebelum ini dan mengakibatkan ia terlepas masuk ke peti e-mel utama.
Dengan spam tidak terlepas masuk, insiden penipuan serta phishing menggunakan e-mel turut dapat diperangi dengan lebih baik. Selepas ujian dalaman menggunakan RETVec dilakukan sejak setahu lalu, ia kini diaktifkan kepada semua pengguna Gmail. - Amanz
#Gmail #spam #penapisan e-mel #RETVec