Google One kini melangkaui 100 juta pelanggan berbayar

Amanz
Februari 11, 2024 03:19 MYT
Google One merupakan perkhidmatan yang menawarkan storan berbayar tambahan bermula 100GB kepada pengguna, selain turut hadir dengan ciri tambahan seperti pada Google Photos dan sebagainya. -Twitter Sundar Pichai
SUNDAR Pichai kini berkongsi menyatakan angka pelanggan berbayar untuk Google One kini telah pun melangkaui 100 juta pelanggan.
Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced – iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.

We just crossed 100M Google One subscribers! Looking forward to building on that momentum with our new AI Premium Plan (launched yesterday) offering AI features like Gemini Advanced, plus Gemini in Gmail, Docs + more coming soon. https://t.co/m7zAVop7P6 pic.twitter.com/sMdwJeq0iU

— Sundar Pichai (@sundarpichai) February 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Google One merupakan perkhidmatan yang menawarkan storan berbayar tambahan bermula 100GB kepada pengguna, selain turut hadir dengan ciri tambahan seperti pada Google Photos dan sebagainya.
Pengguna yang inginkan akses kepada Gemini Advanced pula, perlu melakukan langganan berbayar berharga RM97.99 sebulan, yang turut hadir dengan akses storan 2TB bersama dengannya.
CEO Google menyasarkan untuk mengekalkan momentum untuk terus meningkatkan pengguna berbayar platform tersebut dengan pengenalan ciri kecerdasan buatan yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Gemini Advanced. -Amanz
#Google One #Sundar Pichai #Gemini Advanced #Twitter