LA PALMA: Gunung berapi di Kepulauan La Palma di Sepanyol sekali lagi memuntahkan lahar pada Jumaat, menyebabkan kemusnahan di pulau berkenaan.

Sebelum ini lebih 1,000 bangunan musnah ditenggelami lahar gunung berapi berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan, aliran lahar tersebut memaksa ratusan penduduk berpindah.

Dalam kemaskini terbaharu, Datuk Bandar Tazacorte memberitahu, pasukan kecemasan giat membantu penduduk untuk berpindah.

Sehingga kini, sekitar 7,500 penduduk terpaksa berpindah sejak gunung berapi Cumbre Vieja terletak di Kepulauan Canary itu meletus.