PARIS: Gunung Mont Blanc kini menjadi semakin rendah akibat perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.

Ia yang terletak antara sempadan Perancis dan Itali mempunyai ketinggian 4,807.80 meter (m) pada pertengahan September lalu.

Bagaimanapun, ketinggian gunung itu merosot berbanding empat tahun lalu.

Empat tahun lalu, Mont Blanc mencatatkan ketinggian 4,808.71 m.

Secara purata, gunung itu semakin rendah sebanyak 13 sentimeter pada setiap tahun sejak tahun 2001.

Ketinggian baharu gunung tersebut diumumkan oleh pakar geografi Perancis baru-baru ini.

Penemuan itu berlaku ketika peningkatan kebimbangan di seluruh dunia tentang masalah glasier yang kerap mencair ekoran perubahan iklim.

Ketinggian Mont Blanc diukur setiap dua tahun sekali bagi membekalkan data untuk kajian saintifik. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164464/GLOBAL/Gunung-Mont-Blanc-semakin-rendah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf