HAVANA: Penjaga zoo di Cuba mendapati spesies haiwan eksotik dan terancam mengambil kesempatan daripada keadaan damai dan tenang sepanjang pandemik koronavirus untuk melakukan hubungan 'romantik'
Keintiman yang terjadi kerana tiada kunjungan manusia selama berbulan-bulan menyaksikan banyak kelahiran baharu haiwan-haiwan tersebut.
Antara yang didapati melahirkan zuriat baharu adalah spesies harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu liar yang disifatkan penjaga zoo sebagai jarang berlaku.
Kata doktor haiwan zoo terbabit, Rachel Ortiz, perkembangan itu disebabkan zoo berkenaan ditutup sepanjang wabak itu menyekat pergerakan manusia.
"Walaupun wabak itu membawa impak negatif untuk manusia, tetapi bagi zoo ia bermanfaat.
"Khususnya zoo kami mempunyai lebih daripada 10 kelahiran spesies bernilai tinggi. Spesies-spesies itu dalam bahaya kepupusan dan perkembangan terkini memungkinkan pemulihan kepelbagaian biologi," kata Ortiz kepada Reuters.
Ortiz berkata lazimnya, terlalu ramai pengunjung yang berpusu-pusu mengunjungi zoo yang impaknya mengehadkan proses pembiakan.
Zoo Negara Cuba ialah tarikan kegemaran rakyatnya, dengan 1,473 spesimen daripada lebih 120 spesies, termasuk haiwan besar seperti gajah dan badak sumbu.
Cuba, pulau Caribbean dengan pantai pasir putih dan perairan biru yang popular dengan pelancong, menutup sempadannya selama hampir dua tahun di tengah penularan wabak. Negara itu mengenakan kuarantin ketat di dalam negara untuk mengehadkan penyebaran koronavirus.
“Dengan tidak didatangi orang ramai,, haiwan-haiwan itu lebih tenang,” kata Ortiz.
Bagaimanapun, kekurangan makanan dan ubat terjadi pada masa-masa tertentu, semasa wabak mencengkam.
Tetapi Deborah Maso, seorang doktor yang menyelia pameran sabana Afrika, berkata pekerja zoo dapat mendedikasikan masa yang diperlukan untuk memastikan haiwan itu bertahan.
Maso berkata, kelahiran anak zirafah betina berbintik-bintik yang diberikan nama Rachel, paling mencuri tumpuan.
"Kelahiran zirafah sangat mengagumkan," kata Maso. "Ia adalah satu pencapaian yang hebat, kegembiraan yang besar untuk saya."
Pelawat kini boleh melihat sendiri anak harimau bintang dan zirafah.
Zoo Negara Cuba kini telah dibuka semula kepada orang ramai.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Nov 20 2021
Walaupun wabak itu membawa impak negatif untuk manusia, tetapi bagi zoo ia bermanfaat. - REUTERS/Alexandre Meneghini
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Cuba pecat Menteri Ekonomi, Alejandro Gil
Presiden Cuba memecat Menteri Ekonomi ketika kontroversi terus meluas berhubung penangguhan langkah-langkah yang baru diumumkan untuk menaikkan harga bahan api.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selit babak seks dalam novel, Menteri Kewangan Perancis dikritik hebat
Ramai mempersoal menteri itu yang memiliki banyak masa untuk menulis novel, selain dianggap tidak sensitif terhadap krisis semasa.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.
Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres
Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Mei 2022.