Hamas pada Khamis bersetuju untuk menyertai genjatan senjata sementara yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas dasar kemanusiaan.

“Hamas bersetuju untuk genjatan senjata selama lima jam,” bermula sepuluh pagi (0700 GMT) Khamis, jurucakap pergerakan itu, Sami Abu Zukhri berkata dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tentera rejim Israel turut berkata pihaknya telah bersetuju dengan permintaan PBB itu agar serangan di Semenanjung Gaza dihentikan. Permintaan yang disifatkan oleh seorang pegawai kanan PBB sebagai perlu atas dasar kemanusiaan.

“Antara 10:00 dan 15:00 (0700-1200GMT), tentera Israel akan menghentikan operasinya di Semenanjung Gaza dan menghentikan serangan," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera rejim.

Abu Zukhri turut menyambut permintaan itu.

“Pihak Palestin bersetuju untuk menerima permintaan PBB untuk satu tempoh bertenang selama lima jam bermula jam 10.00 pagi,” katanya kepada AFP.

“Ini adalah demi kepentingan buat semua penduduk di Gaza, untuk memberi mereka peluang untuk ke hospital, mendapatkan rawatan atau makanan,” kata pegawai khas PBB, Robert Serry kepada sebuah stesen television Israel pada Rabu malam.