"Kereta api laju pasti jadi. Tapi saya pasti Singapura hanya akan bina dari Jurong East hingga sempadan negara sahaja. Selebihnya Malaysia akan bina sendiri."
"Tak. Mereka akan buat bersama-sama, hingga KL."
"Saya rasa tren itu hanya bawa penumpang. Bukan barang."
"Ya. Mungkin. Perjalanan 90 minit untuk 300km memang ok."
Inilah sebahagian perbualan tiga pengguna MRT berusia lebih 50-an mengenai Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, yang ditunggu-tunggu.
Mereka dipercayai pelancong dari luar Singapura memandangkan kekaguman mereka terhadap perjalanan pertama menggunakan perkhidmatan MRT di sini.
Sebelum itu mereka nampak terkial-kial membaca peta perjalanan pelbagai warna, yang mewakili laluan MRT dan LRT.
Orang ramai tanpa mengira rakyat Malaysia atau Singapura, masing-masing mempunyai harapan dan aspirasi terhadap pembangunan HSR.
Pembeli hartanah kini mungkin memikirkan rancangan untuk membeli hartanah di sepanjang jajaran rangkaian HSR.
Dalam laman web Pihak Berkuasa Tanah Singapura, tertera Jurong Country Club (JCC) di Jurong East sebagai terminal HSR Singapura.
Terminal itu membabitkan kawasan seluas 12 hektar atau kira-kira 20 peratus daripada tapak JCC.
Tapak itu juga akan dibangunkan semula secara menyeluruh untuk pembangunan baharu bercampur-campur, selain kemudahan awam untuk penduduk Jurong, penumpang HSR dan pelawat.
Terminal Kuala Lumpur pula ditetapkan di Bandar Malaysia.
MyHSR Corp Sdn Bhd membayangkan perkhidmatan transit akan berhenti di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, dan Nusajaya.
MyHSR Corp bertanggungjawab memajukan dan mempromosikan projek HSR itu.
Bagaimanapun, jajaran rangkaian HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur masih dalam peringkat perbincangan.
Mungkin ada yang merancang mencari pekerjaan yang lebih baik antara kedua-dua negara, kemungkinan dalam tempoh enam tahun akan datang, memandangkan HSR dijadualkan siap pada 2022.
Warga Malaysia yang bekerja di Singapura mungkin juga memikirkan alternatif untuk tidak tinggal di Singapura atau Johor Bahru.
Mereka boleh tinggal lebih jauh dari Johor memandangkan kedua-dua negara merancang kemungkinan mengadakan dua perkhidmatan berbeza dalam rangkaian HSR rentas sempadan.
Singapura mencadangkan perkhidmatan transit yang berhenti di beberapa stesen di Malaysia.
Ia akan memberi keutamaan kepada pengguna yang membuat perjalanan di Malaysia, dengan operasinya diurus secara berasingan daripada perkhidmatan ekspres tanpa henti HSR.
Malaysia akan diberikan autonomi dalam perkhidmatan transit bagi memenuhi keperluan domestik Malaysia manakala kedua-dua negara akan bekerja bersama-sama dalam perkhidmatan HSR merentas sempadan.
Tambahan pula, HSR sepanjang 300 kilometer itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Singapura ke Malaysia, dengan hanya mengambil masa 90 minit.
Jurong East, sudah pun mempunyai rangkaian perhubungan yang baik dengan tempat lain di Singapura menerusi Pan Island Expressway (PIE) dan Ayer Rajah Expressway (AYE).
Ia dihubungi dua stesen MRT-Jurong East dan Chinese Garden.
Maklumat terkini Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) berkata kerja-kerja HSR akan bermula pada 2017.
Bernama
Fri Jan 08 2016
Orang ramai tanpa mengira rakyat Malaysia atau Singapura, masing-masing mempunyai harapan dan aspirasi terhadap pembangunan HSR seperti yang sedia ada di beberapa negara maju. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Harapan dan aspirasi rakyat terhadap Kereta Api Berkelajuan Tinggi HRS
Orang ramai tanpa mengira rakyat Malaysia atau Singapura, masing-masing mempunyai harapan dan aspirasi terhadap pembangunan HSR.