Hari Wanita Sedunia disambut pada setiap 8 Mac setiap tahun dengan tema tahun ini The Gender Agenda : Gaining Momentum.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan bagi meraikan pencapaian wanita dari pelbagai bidang.

Antara yang bakal berlangsung pada Jumaat adalah pelancaran 15 filem pendek arahan 15 pengarah baru wanita di bawah Projek Ikal Mayang.

Sambutan ulangtahun ke-28 All Women's Action Society (AWAM) di Galeri Anexxe Pasar Seni jam 7.30 pagi dan flash mob anjuran The Body Shop di Pavilion Kuala Lumpur pada jam 1 petang.

Hari Wanita pertama di mulakan oleh Parti Sosialis Amerika pada tahun 1909 dan sehingga kini ia disambut setiap tahun bagi memperjuang kesaksamaan gender dan hak wanita.