GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan 348 kes kemungkinan kes hepatitis yang masih belum diketahui puncanya dikenal pasti ketika kajian berkaitan adenovirus dan COVID-19 semakin meningkat.

WHO memaklumkan ketika ini hipotesis utama kekal melibatkan adenovirus.

Kes tersebut dilaporkan di 20 negara dengan tambahan 70 kes dari 13 lagi negara yang masih belum mengesahkan keputusan ujian.

Hanya enam negara yang melaporkan lebih lima kes dengan lebih 160 kes dilaporkan di Britain.

Ketika ini Britain sedang menjalankan kajian komprehensif melihat kepada genetik terhadap kanak-kanak yang dijangkiti, repson terhadap imun, virus dan kajian epidemiologi.

WHO turut menjelaskan kes pertama yang dilaporkan pada 5 April lalu terhadap 10 kes hepatitis yang tidak dapat dijelaskan di Scotland terhadap kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.

Manakala di Amerika Syarikat, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit sedang menyiasat 109 kes seumpamanya termasuk lima kematian.