TRIPOLI: Ibu kota Libya, Tripoli mengalami banjir kilat selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut pada Ahad.

Ia turut menyebabkan jalan-jalan utama dibanjiri dan menghalang laluan utama ke sekolah-sekolah.

Menurut Pengarah Keselamatan Tripoli, banyak kenderaan terjejas akibat banjir tersebut.

Pihaknya pada masa sama menggesa orang awam mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah sekiranya diarahkan.

Dalam pada itu Pusat Meteorologi Kebangsaan di Libya berkata kawasan utara Libya dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir untuk beberapa hari akan datang.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan.