NEW YORK: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan membuka dua pertuduhan jenayah perang terhadap Rusia yang dikaitkan dengan pencerobohan terhadap Ukraine, lapor Agensi Anadolu memetik laporan New York Times pada Isnin.

Mahkamah yang berpangkalan di Hague akan mendapatkan waran tangkap untuk beberapa warga Rusia yang dituduh menculik kanak-kanak Ukraine dan menyasarkan infrastruktur awam, lapor Times.

Kes terbabit akan menjadi pertuduhan antarabangsa pertama sejak konflik di Ukraine bermula pada 24 Feb 2022.

ICC dilaporkan melancarkan siasatan terhadap jenayah perang di Ukraine pada Mac lalu.

Bagaimanapun Rusia menafikan tuduhan jenayah perang.

Waran itu tidak mungkin membawa kepada perbicaraan kerana Moscow tidak tertakluk kepada Statut Rom, iaitu perjanjian yang mewujudkan ICC.

-- BERNAMA