India akan pasang pagar di sepanjang sempadan dengan Myanmar

Bernama
Januari 21, 2024 08:36 MYT
Narendra Modi telah memutuskan bahawa sempadan India-Myanmar yang terbuka akan dilindungi dengan pagar berduri. - Reuters
MOSCOW: India akan memasang pagar di sempadannya dengan Myanmar sebagai tindakan berikutan pergolakan di negara jiran itu, kata Menteri Dalam Negeri India Amit Shah, lapor Sputnik.
"Kerajaan (Perdana Menteri India) Narendra Modi telah memutuskan bahawa sempadan India-Myanmar yang terbuka akan dilindungi dengan pagar berduri seperti yang kami ada di sepanjang sempadan India-Bangladesh," kata Shah seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Times of India pada Sabtu.
Shah berkata kerajaan India juga sedang mengkaji rejim pergerakan bebas dengan Myanmar dan merancang untuk membatalkannya.
Langkah itu dibuat sebagai satu cara untuk mengekang kemasukan tentera Myanmar ke India di tengah-tengah pertempuran etnik di Myanmar.
-- BERNAMA
#sempadan india #pagar berduri #sempadan india-myanmar #Narendra Modi