NEW YORK: India dijangka mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023 dengan masing-masing negara catat jumlah lebih 1.4 bilion penduduk tahun ini.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, ia turut memberi amaran bahawa kesuburan yang tinggi akan mencabar pertumbuhan ekonomi.

Menurut bancian domestik yang dijalankan setiap satu dekad, penduduk India pada 2011 adalah 1.21 bilion.

Namun pada 2021, bancian tidak dapat dijalankan susulan pandemik COVID-19.

PBB berkata lebih separuh daripada unjuran peningkatan populasi global sehingga 2050 akan tertumpu di lapan negara - Congo, Mesir, Habsyah, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Republik Bersatu Tanzania.

Negara-negara sub-Sahara Afrika dijangka menyumbang lebih separuh daripada peningkatan yang dijangkakan menjelang 2050.