NEW DELHI: India menyangkal laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan angka kematian akibat COVID-19 di negara itu 10 kali ganda berbanding angka rasmi.
Menurut laporan WHO pada Khamis, wabak itu telah mengorbankan kira-kira 4.7 juta orang di India sehingga penghujung 2021.
WHO menganggarkan jumlah kematian di seluruh dunia dikaitkan secara langsung atau tidak langsung akibat pandemik COVID-19 sejak Januari 2020 hingga Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta, tiga kali ganda berbanding angka rasmi yang dilaporkan.
Kebanyakan kematian tidak langsung tertumpu di kawasan Asia Selatan dan Timur, Eropah, dan Amerika, manakala kira-kira 68 peratus di 10 negara di seluruh dunia, menurut WHO.
India, mengalami gelombang kedua COVID-19 pada 2021, menyumbang kepada angka korban yang tinggi.
"Kematian tidak langsung dikira berdasarkan perbezaan antara jumlah dan anggaran kematian jika tanpa wabak berdasarkan data dari tahun-tahun sebelumnya.
"Anggaran baharu ini menggunakan data terbaik yang tersedia dan telah dihasilkan menggunakan metodologi terkini serta pendekatan yang telus," kata Samira Asma, penolong ketua pengarah bahagian data dan analitik di WHO.
Bagaimanapun, kerajaan India membantah metodologi yang digunakan WHO bagi unjuran terhadap anggaran kematian.
"India mempersoalkan laporan WHO berdasarkan data diperoleh dari 17 negeri di India menerusi beberapa laman sesawang dan laporan media serta model matematik mereka.
"Ia mencerminkan metodologi pengumpulan data yang tidak kukuh dan boleh dipersoalkan secara saintifik terhadap unjuran kematian di India," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis.
Negara itu setakat ini melaporkan kira-kira 524,000 kematian akibat wabak itu.
Sebelum laporan WHO, anggaran antarabangsa lain juga mendapati jumlah kematian COVID-19 India sangat kurang dilaporkan.
Satu kajian diterbitkan jurnal kesihatan Lancet baru-baru ini mencatatkan angka kematian akibat COVID-19 mencecah 18.2 juta pada akhir 2021 manakala angka rasmi adalah kira-kira 5.9 juta.
Korban melibatkan masyarakat India dalam kajian jurnal itu adalah lebih empat juta, angka yang disifatkan Kementerian Kesihatan India sebagai "spekulatif".
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Menurut laporan WHO pada Khamis, wabak itu telah mengorbankan kira-kira 4.7 juta orang di India sehingga penghujung 2021. - Gambar fail/REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.