INDONESIA yang 25 tahun lalu terpaksa mengamalkan dasar `ikat perut' dalam perbelanjaan pertahanan kerana kegawatan ekonomi, kini sebaliknya mula beralih kepada usaha giat memodenkan aset ketenteraan republik itu.
Terbaharu, republik itu menjadi negara ketiga di rantau ini yang memiliki pertahanan udara digeruni apabila mengoperasikan sistem peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM).
Ini berikutan persetujuan untuk membeli sistem peluru berpandu Khan buatan firma Roketsan, Turkiye yang dimeterai semasa pameran pertahanan Indo Defence di Jakarta.
Roketsan merupakan firma persenjataan dan kontraktor pertahanan utama di Turkiye yang berpengkalan di Ankara.
Firma ini dimiliki Angkatan Tentera Turkiye sebagai pemegang saham terbesar dengan gabungan beberapa firma lain seperti Aselsan, MKEK dan Havelsan.
Dua lagi negara yang menjadi pengguna ekslusif SRBM ialah Vietnam dengan sistem peluru berpandu Scud dan Filipina (Brahmos).
Sepertimana negara serantau Vietnam, Filipina dan Malaysia, republik ini turut berhadapan dengan isu keselamatan di Laut China Selatan.
Ia berikutan beberapa pencerobohan perairan dan ruang udara yang dilakukan oleh tentera China walaupun kebanyakannya selesai melalui saluran diplomatik.
Khan, versi eksport bagi sistem peluru berpandu Bora digunakan oleh tentera Turkiye.
Dengan ukuran lebar 610 milimeter (mm), panjang 8 meter (m) dan berat 2.8 tan, ia mampu menujah ke sasaran sehingga 280 kilometer.
Ia dipandu menerusi sistem penjejak kedudukan posisi global dengan membawa peledak seberat 570 kilogram.
Peluru berpandu ini boleh dibawa dan dilancarkan pada kenderaan Tatra T-815 8×8 atau sebarang kenderaaan taktikal yang bersesuaian.
Setiap unit peluru berpandu disimpan dalam tiub pelancar pelbagai laras lantas menjadikan ia sebagai sistem pertahanan udara bermobiliti tinggi.
Selain peluru berpandu Khan, Indonesia turut bersetuju untuk mendapatkan sistem peluru berpandu Hisar juga dari Turkiye.
Hisar merupakan satu sistem pertahanan udara yang mempunyai tiga kategori iaitu jarak dekat (Hisar-A), sederhana (Hisar-O) dan jauh (Hisar-U) iaitu sehingga 100km.
Indonesia dikatakan bakal memperoleh sistem pertahanan udara Hisar-O dan Hisar-U yang akan dikenali sebagai sistem Trisula-O dan Trisula-U.
Dikhabarkan juga bahawa Bangladesh turut menyatakan minat untuk mendapatkan sistem Hisar-O bagi memodenkan pertahanan udara negara tersebut.
Rancangan Indonesia untuk memperkasa pertahanan udara ini bagaimana pun bukanlah sesuatu yang hendak dihairankan memandangkan faktor geografi negara berpulau.
Kedudukan wilayah-wilayah yang bertaburan sebenarnya memberikan cabaran besar dalam soal menyusun kekuatan tentera.
Sebab itu perolehan dari Turkiye ini dilihat hanya sebagai pelengkap kepada pembelian terdahulu.
Pada 2017, Indonesia telah memesan dua bateri sistem pertahanan udara NASAMS 2 dari firma Korngsberg Group.
Perolehan bernilai AS$77 juta itu melibatkan 12 unit sistem pelancar bagi kekuatan dua buah bateri pertahanan udara.
NASAM merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana antara yang paling baik ketika ini yang digunakan oleh 13 buah negara.
Malaysia
Perolehan besar seperti ini sangat dinanti-nantikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tambahan pula dengan isu-isu serantau yang memerlukan angkatan itu diperkasakan.
Kali terakhir Malaysia membeli sistem pertahanan udara moden ialah pada 2002 dengan kos sebanyak AS$350 juta sebagai langkah untuk menggandakan payung pertahanan udara negara.
Ia adalah sistem pertahanan udara jarak rendah (Shorad) Jernas yang dibekalkan firma MBDA manakala sistem Igla iaitu pelancar bahu (manpad) dari Rosoboronexport, Rusia.
Jernas kini tidak lagi digunakan sejak dua tahun lalu setelah ia melepasi tempoh hayat penggunaan dan belum ada pengganti.
Pada 2015, kontrak bernilai AS$154.3 juta dimeterai antara firma Thales dengan Global Komited, iaitu anak syarikat Westar Group bagi perolehan sistem pertahanan udara jarak dekat Starstreak.
Sistem Starstreak dibekalkan kepada Pasukan Pertahanan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia bagi tujuan pertahanan pangkalan.
Bagaimana pun, persenjataan tersebut kini dioperasikan oleh Tentera Darat.
Sejak tahun 1998, Malaysia telah pun merancang untuk mempunyai sistem pertahanan udara jarak sederhana dan sepanjang tempoh itu pelbagai calon diketengahkan.
Pada satu ketika, program Ground Base Air Defense (GBAD) ini dikatakan sebagai perolehan kritikal dan perlu dilaksanakan segera bagi kepentingan melindungi ruang angkasa negara.
Apa yang mendukacitakan, hingga kini perolehan GBAD masih tergantung dan situasi terpaksa melaksanakan perbelanjaan pertahanan secara ikat perut mungkin menyukarkan lagi keadaan. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jan 03 2023
Faktor geografi negara berpulau menuntut Indonesia merancang pembangunan aset-aset ketenteraan secara bijak. - Foto DagangNews
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.