RAKYAT Indonesia terutamanya umat Islam menerima khabar duka pada Jumaat susulan pemergian tokoh Islam di negara tersebut, Ahmad Syafii Maarif atau Buya Syafii Maarif.
Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Umum Pengurus Pusat (PP) Muhammadiyah meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Sleman, Yogyakarta, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, waktu tempatan.
“Muhammadiyah dan bangsa Indonesia berduka. Telah wafat Buya Prof Dr H Ahmad Syafii Maarif.
“Semoga beliau husnul khatimah, diterima amal ibadahnya, diampuni kesalahannya, dilapangkan di kuburnya, dan ditempatkan di jannatun na'im.
“Mohon dimaafkan kesalahan beliau dan do'a dari semuanya,” kata Ketua Umum PP Muhammadiyah Haedar Nashir pada Jumaat, seperti dilaporkan Kompas.com.
Berita sedih itu turut mendapat perhatian Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menyampaikan ucapan takziah menerusi laman Instagram rasmi beliau.
Menurutnya, beliau kali terakhir bertemu Buya Syafii di kediamannya di Kabupaten Sleman ketika tokoh tersebut baru selesai terima rawatan dan menurut Jokowi, pada waktu itu, Buya Syafii kelihatan sihat.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
“Atas nama pemerintah, rakyat Indonesia, saya menyampaikan belasungkawa yang dalam atas berpulangnya Buya Syafii.
“Semoga segala amal ibadah almarhum diterima oleh Allah SWT, diampuni kesalahannya, dan segenap keluarga yang ditinggalkan sabar dan tabah.
“Selamat jalan Sang Guru Bangsa,” tulis beliau dalam status yang dimuat naik kira-kira jam 2 petang tadi.
Buya Syafii sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital pada 14 Mei lepas akibat mengalami sesak napas.
Begitupun, keadaan mantan Ketum PP Muhammadiyah - dari tahun 1998 hingga 2005 - itu semakin baik bahkan doktor juga membenarkan Buya Syafii pulang ke rumah.
Agensi
Fri May 27 2022
Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Umum Pengurus Pusat (PP) Muhammadiyah meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Kabupaten Sleman, Yogyakarta, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, waktu tempatan. - Foto Kompas.com
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia berduka, tokoh Islam negara itu, Buya Shafii, meninggal dunia pada Jumaat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menyampaikan ucapan takziah menerusi laman Instagram rasmi beliau.