Indonesia kutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel di Masjid Al-Aqsa

Bernama
April 17, 2022 09:02 MYT
Kerajaan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa pada Jumaat. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Indonesia, negara tersebut menggesa keganasan terhadap orang awam dihentikan serta-merta.
"Keganasan terhadap orang awam ini tidak boleh dibenarkan dan mesti dihentikan serta-merta, terutamanya di tempat ibadat, Masjid Al-Aqsa, semasa Ramadan," menurut kenyataan itu.
BACA: Polis Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa, sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin cedera - Laporan
Lebih 150 rakyat Palestin dilaporkan cedera apabila tentera rejim Israel menyerbu kawasan masjid selepas solat subuh pada Jumaat.
-- BERNAMA
#Indonesia #keganasan #tentera Israel #Palestin #kutuk #Masjid Al-Aqsa #Kementerian Luar Indonesia