JAKARTA: Rundingan mendalam bagi menyelesaikan isu sempadan antara Indonesia dan Malaysia akan dipertingkatkan pada 2022 berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Beliau berharap Perjanjian Sempadan Maritim antara Wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka dapat dirunding dan ditandatangani oleh kedua-dua negara berdasarkan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 berhubung kawal selia penggunaan laut dan sumbernya.
"Bagi sempadan darat, keutamaan akan diberikan untuk menyelesaikan Masalah Garis Sempadan Tertunggak termasuk Pulau Sebatik," katanya dalam satu kenyataan mengenai pencapaian diplomasi 2021 dan sasaran 2022.
Pulau Sebatik terletak di Daerah Nunukan Wilayah Kalimantan Timur yang berkongsi sempadan dengan Malaysia.
Indonesia mengadakan 17 rundingan sempadan tahun lalu dengan Filipina, Malaysia, Palau dan Vietnam, berbanding hanya tujuh rundingan pada tahun sebelumnya.
Mengenai ASEAN, Retno berkata perpaduan blok itu mesti diperkukuh untuk menghadapi pandemik COVID-19, ketidaksamaan kadar vaksinasi, bencana alam, krisis pelarian dan perubahan iklim.
Rantau itu juga menyaksikan persaingan yang semakin meningkat antara negara-negara utama di rantau Indo-Pasifik.
"ASEAN mesti terus meningkatkan peranannya dalam membangunkan komunitinya dan mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang aman, stabil dan makmur," jelasnya.
Retno berkata Indonesia akan terus aktif dalam mempromosi keamanan dan diplomasi kemanusiaan, termasuk di Afghanistan, Palestin, isu Rohingya dan krisis politik di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Retno berkata Indonesia akan terus aktif dalam mempromosi keamanan dan diplomasi kemanusiaan, termasuk di Afghanistan, Palestin, isu Rohingya dan krisis politik di Myanmar. - Gambar fail/REUTERS
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
Empat nelayan tempatan dibebaskan pihak berkuasa Indonesia
Mereka dibebaskan selepas 11 hari ditahan kerana memasuki kawasan pertindihan sempadan antara Malaysia dan Indonesia, 17 Dis lepas.