JAKARTA/BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, umum Sheikul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.

"Seperti yang diumumkan kepada umat Islam Thai di seluruh negara tarikh untuk melihat anak bulan baharu selepas matahari terbenam pada Ahad, 1 Mei, bagi menandakan hari pertama Syawal, disahkan bahawa anak bulan baharu telah kelihatan.

"Jadi, dengan ini, saya mengisytiharkan Isnin, 2 Mei sebagai hari pertama Aidilfitri," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, rakyat Indonesia juga bakal menyambut Aidilfitri esok.

Pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri itu dibuat Menteri Hal Ehwal Ugama, Yaqut Cholil Qoumas.

BACA: Jumlah kenderaan 'mudik Lebaran' di Indonesia tertinggi dalam sejarah