Insiden tikaman di stesen bas Tokyo: Sekurang-kurangnya 3 maut, 19 cedera ditikam

Agensi
Mei 28, 2019 01:16 MYT
NHK juga melaporkan lelaki itu telah berjaya diberkas dan dua bilah pisau ditemui di tempat kejadian. - Foto Jun Hirata/Kyodo News via AP
Sekurang-kurangnya tiga maut, 19 lagi cedera termasuk 13 kanak-kanak selepas seorang lelaki mengamuk di sebuah perhentian bas di pinggir Tokyo.
Menurut agensi berita Bloomberg, lelaki yang bersenjatakan pisau itu dikatakan menyerang penumpang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian sewaktu waktu puncak.
Lapor saluran televisyen NHK yang memetik sumber polis pula, mereka yang cedera dikejarkan ke hospital, namun seorang kanak-kanak dan dua orang dewasa dipercayai maut susulan ditikam pelaku.
Sementara itu pihak bomba Kawasaki pula memaklumkan hanya seorang terbunuh.
NHK juga melaporkan lelaki itu telah berjaya diberkas dan dua bilah pisau ditemui di tempat kejadian.
Lelaki itu juga cedera selepas menikam dirinya sendiri di bahagian bahu.
Selain dipercayai berusia sekitar 40an, tiada maklumat lanjut berkaitan identiti dan motif lelaki itu menikam orang ramai.
#bas #bomba #cedera #Hospital #Kanak-kanak #lelaki #lelaki mengamuk di perhentian bas #maut #pisau #polis #tikam #Tokyo