IRAN akan berperang habis-habisan jika ia diserang amerika syarikat dan sekutu rapatnya, yang juga penjaga dua Tanah Suci, Arab Saudi.
Ketegasan itu disuarakan Menteri Luar Iran, Javad Zarif menerusi sebuah laporan di CNN.
Meskipun begitu, beliau menyuarakan harapan Iran supaya ketegangan dapat dielak.
Iran sebuah negara yang dituduh Washington sebagai kuasa kepada segala kejahatan, juga menyatakan kesediaan negaranya berunding dengan Arab Saudi atau Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Zarif yang melawat Kuala Lumpur baru-baru ini, turut menafikan dakwaan Washington bahawa negaranya menjadi dalang dalam serangan ke atas lapangan minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lepas.
Pemberontak Houthi di Yaman, sebelum ini sudah mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.
Arab Saudi terdahulu mengetuai serangan ke atas kedudukan Houthi, dalam usaha membantu kerajaan Yaman memulihkan semula kuasanya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan antara Mac 2015 hingga Disember 2017, sehingga 13,000 orang terbunuh akibat krisis ini.
Sementara pada 2018, PBB memberi amaran, 13 juta warga Yaman dikhuatiri berdepan kebuluran.
Dalam pada itu, Amerika Syarikat mengukuhkan lagi sokongannya kepada Arab Saudi susulan serangan di lapangan minyak di Abqaiq dan Khurais.
Sokongan itu dinyatakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Bin Salman dalam pertemuan di Riyadh.
Dalam satu kenyataan di laman Twitter, Pompeo berkata, Amerika Syarikat akan kukuh di belakang bersama Arab Saudi dan haknya dalam mempertahankan diri.
Pada Rabu, Pompeo menyifatkan serangan ke kilang pemprosesan minyak Saudi sebagai satu tindakan perang oleh Iran.
Dia juga menuduh Iran mendalangi serangan itu.
Agensi
Thu Sep 19 2019
Zarif turut menafikan dakwaan Washington bahawa negaranya menjadi dalang dalam serangan ke atas lapangan minyak Aramco di Arab Saudi pada 14 September lepas. - Foto AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.