BANDARAYA JENIN (Palestin): Seorang rakyat Palestin ditembak mati manakala 16 lagi cedera dalam serbuan besar-besaran yang dilancarkan pasukan tentera Israel di bandar Jenin utara Tebing Barat pada Selasa.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Musa Saabaneh, 29, lapor Agensi Anodolu memetik agensi berita rasmi Wafa.
Tentera Israel menyerbu bandar Jenin bagi merobohkan sebuah apartmen milik keluarga Raad Hazem, yang dilaporkan telah membunuh tiga orang dalam serangan bersenjata di Tel Aviv pada April sebelum dia ditembak mati polis Israel.
Anggota keselamatan Israel bertindak menutup jalan raya, mengosongkan 29 apartmen secara paksa dan meletupkan kediaman Hazem, lapor Wafa.
Ketika pertempuran berlaku di kawasan itu, tentera Israel melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin, membunuh Saabaneh dan mencederakan 16 yang lain, termasuk seorang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Israel juga sering merobohkan rumah penduduk Palestin yang melakukan serangan ke atas warga Israel, perbuatan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia dan pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan didakwa sebagai "hukuman kolektif."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 06 2022
Jasad Mohammad Musa Sabaaneh diusung sebelum dikebumikan di bandar Jenin, Tebing Barat, 6 Sept 2022. (Foto AP)
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Israel tembak mati seorang rakyat Palestin, 16 cedera dalam serbuan di Tebing Barat
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohammad Musa Saabaneh, berusia 29 tahun.