Istana Kensington kongsi foto rasmi perkahwinan Putera Harry-Meghan

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 21, 2018 22:37 MYT
Istana Kensington berkongsi tiga keping foto rasmi perkahwinan diraja Putera Harry dan Meghan Markle menerusi akaun Twitter mereka. Foto: Twitter/@KensingtonRoyal
Perkahwinan diraja Britain antara Putera Harry dan buah hatinya yang juga aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle baru-baru ini ternyata berjaya menarik perhatian umum di seluruh dunia.
Pasangan ini telah mengikat tali percintaan mereka dengan perkahwinan dalam satu majlis gilang-gemilang di Gereja St George yang terletak di Istana Windsor pada Sabtu.
Namun, apa yang dinanti-nantikan peminat perkahwinan diraja adalah foto yang rasmi yang dirakamkan oleh pihak istana.
Penantian itu akhirnya terjawab apabila Istana Kensington berkongsi tiga keping foto rasmi menerusi akaun Twitter mereka.
Ini tiga foto rasmi dari pihak Istana Kensington;
Duke dan Duchess of Sussex dilihat bergambar bersama Ratu Elizabeth II; pewaris takhta Britian, Putera Charles; ibu Meghan, Doria Ragland; Putera William dan pasangannya Kate Middleton.
Putera Harry dan Meghan Markle bergambar bersama pengiring cilik diraja. Antaranya adalah anak kepada pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton.
Pasangan ini mengumumkan pertunangan mereka November lalu.
Semasa hari bersejarah itu, pewaris takhta Britain, Putera Charles mengiringi Markle selepas bapa Meghan terpaksa menarik diri atas masalah kesihatan.
BACA: Putera Harry, Meghan Markle langsungkan perkahwinan dalam majlis gilang-gemilang
BACA: Sudah dapat putera idaman, Meghan Markel kini dilarang lakukan 9 perkara ini
BACA: Putera Charles jadi pengiring Meghan Markle pada majlis perkahwinan diraja
GALERI FOTO: Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle
GALERI FOTO: Tetamu selebriti perkahwinan diraja Putera Harry - Meghan Markle
Manakala, Putera Harry pula diapit oleh abangnya, Putera William.
Meghan Markle diihat menggayakan gaun pengantin hasil sentuhan pereka Britain, Clare Waight Keller.
Dianggarkan sekitar 600 tetamu sebelum itu tiba di Istana Windsor Castle untuk menyaksikan perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle.
Beberapa selebriti terkenal seperti David Beckham dan Oprah Winfrey juga dilihat menghadiri perkahwinan bersejarah itu.
Lebih 6 juta pengguna menghantar mesej di Twitter semasa hari perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markel dengan 5.2 #royalwedding turut digunakan.
Selepas disatukan sebagai suami isteri, pasangan berkenaan yang kini dikenali sebagai Duke and Duchess of Sussex pulang ke London untuk menjalani rutin mereka.
#Amerika Syarikat #Britain #Gereja St George #istana kensington #Meghan Markle #Perkahwinan diraja Britain #Putera Charles #Putera Harry