Isteri PM Sepanyol, Begona Gomez positif COVID-19

Agensi
Mac 15, 2020 00:18 MYT
Begona Gomez (kanan) dan Sanchez dilaporkan berada dalam keadaan baik. -Reuters
Kerajaan Sepanyol mengesahkan isteri perdana menteri Pedro Sánchez dijangkiti COVID-19 selepas saringan pada Sabtu.
Begona Gómez dan Sanchez bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Dalam perkembangan lain, dua lagi menteri dalam Kabinet Sánchez iaitu dalam Kementerian Kesaksamaan dan Hal Ehwal Wilayah turut dijangkiti COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Kesaksamaan Sepanyol disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin bersama isterinya dan Timbalan Perdana Menteri.
#Begona Gomez #COVID-19 #kabinet #koronavirus #Pedro Sanchez #Perdana Menteri #sepanyol #Timbalan Perdana Menteri