Isu serantau dan antarabangsa yang memberi kesan kepada negara-negara anggota Asean akan dibincangkan pemimpin-pemimpin pada Sidang Kemuncak Asean Ke-34 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Bangkok, dalam usaha mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik serantau.
Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bersama pemimpin anggota negara Asean lain akan berhimpun mulai Khamis hingga 23 Jun ini membincangkan isu-isu perang dagang China-Amerika Syarikat, isu Laut China Selatan, pelarian Rohingya, Semenanjung Korea, terrorisme dan extremisme.
"Para pemimpin anggota Asean dijangka bertukar pendapat dan membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa semasa untuk membawa kestabilan ekonomi, politik dan keselamatan di rantau ini," katanya pada sidang media pada Rabu.
Selain itu, Rozian berkata empat dokumen akan diperakukan semasa sidang kemuncak kali ini iaitu ASEAN Leaders' Vision Statement on "Partnership for Sustainability"; An ASEAN Indo-Pacific Outlook; Bangkok Declaration on Combating Marine Debris in the Region; dan ASEAN Leaders' Statement on the ASEAN Cultural Year 2019.
Beliau berkata para pemimpin negara anggota Asean dijangka akan membincangkan pelbagai isu termasuk pewujudan Komuniti Asean menjelang 2025.
Bertemakan "Advancing Partnership for Sustainability", beliau berkata para pemimpin akan membincangkan isu-isu berkaitan untuk membawa Asean lebih maju di bawah kepengerusian pertama Thailand.
"Malaysia menyokong tema yang diperkenalkan Thailand. Kita akan lihat apa (aspek) yang boleh kita bekerjasama untuk kestabilan di rantau ini. Para pemimpin anggota negara Asean akan memberi sokongan kepada inisiatif Thailand.
"Pada masa yang sama, negara-negara Asean bersama 10 anggota negara dialog dijangka melaksanakan program untuk memanfaatkan rantau ini khusunya untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi dan dalam usaha mewujudkan Asean Community," katanya.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata Dr Mahathir yang akan tiba di Bangkok pada esok akan menghadiri Sesi Pleno Sidang Kemuncak Asean Ke-34 dan juga Sesi Pemukiman Sidang Kemuncak Asean Ke-34 pada Sabtu dan Ahad ini.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bersama pemimpin anggota negara Asean lain akan berhimpun mulai Khamis hingga 23 Jun ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.