JAKARTA: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) menjadi platform dalam membuka ruang kepada pertukaran nilai-nilai kewartawanan serta meningkatkan potensi kolaborasi antara agensi berita di Malaysia dan Indonesia.
Ketua Pengarang The Jakarta Post Taufiq Rahman berkata pertukaran nilai-nilai kewartawanan seperti idea, budaya kerja dan naratif membabitkan kedua-dua negara serumpun itu perlu diteruskan dalam usaha memperkasakan industri media.
"Ini boleh dilaksanakan melalui pertukaran wartawan, penyunting termasuk juga kandungan khususnya yang menjurus kepada penulisan komentar dan pendapat membabitkan sesebuah negara.
"Perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah menyediakan lebih banyak program pertukaran seperti yang dibuat oleh ISWAMI... Jadi apabila wartawan Malaysia hadir melakukan liputan di Indonesia dan sebaliknya, ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara," katanya ketika ditemui dalam Program Jejak Serumpun di Ibu Pejabat The Jakarta Post dekat sini hari ini.
Beliau berkata pendekatan itu juga dilihat mampu meningkatkan aksesibiliti kepada sumber dan kualiti pelaporan berita dengan adanya penglibatan serta kerjasama agensi berita luar negara.
Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia Mohd Shukri Ishak pula berkata ISWAMI kini mempunyai matlamat untuk mewujudkan platform yang lebih besar bagi membawa suara wartawan di peringkat ASEAN.
"ISWAMI melalui kerjasama ANTARA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan agensi berita sedia ada sedang dan telah menubuhkan ASEAN Newsroom.
"Setakat ini, ia melibatkan agensi berita rasmi di semua negara ASEAN," katanya.
Terdahulu, delegasi media ISWAMI Malaysia mengunjungi Ibu Pejabat The Jakarta Post sempena Program Jejak Serumpun.
ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia yang berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Taufiq berkata pertukaran nilai-nilai kewartawanan seperti idea, budaya kerja dan naratif membabitkan kedua-dua negara serumpun itu perlu diteruskan dalam usaha memperkasakan industri media. - Gambar Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Iklan 'TKI On Sale' dikecam
ISWAMI mengecam keras penyebaran iklan 'TKI On Sale' oleh pihak tertentu dan mendesak kerajaan menyiasat hingga ke akar umbi bagi dikenakan tindakan tegas.