HOUSTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Selasa meluluskan penjualan senjata kepada dua rakan kongsi utama Timur Tengahnya bernilai lebih US$5 bilion.
Di bawah syarat perjanjian pertama, Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai US$3.05 bilion, lapor Agensi Anadolu.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula membeli peluru berpandu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) bernilai AS$2.25 bilion.
Menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA), di bawah cadangan perjanjian dengan Arab Saudi akan membantu menambah stok peluru berpandu Patriot yang "semakin susut," dan membekalkan 300 senjata baharu.
"Peluru berpandu itu digunakan untuk mempertahankan sempadan Kerajaan Arab Saudi dan serangan peluru berpandu balistik di tempat awam dan infrastruktur penting di Arab Saudi," menurut kenyataan DSCA.
UAE akan menerima dua stesen kawalan pelancaran THAAD, dua stesen operasi taktikal THAAD dan 96 peluru berpandu di bawah perjanjian yang dicadangkan itu.
AS juga sedang dalam proses kembali ke meja rundingan dengan Iran berhubung perjanjian nuklear 2015.
AS menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2018 di bawah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump, tetapi Presiden Joe Biden mungkin akan menyertai semula perjanjian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Sistem pertahanan misil antibalistik THAAD dipamerkan pada acara Made in America di pekarangan White House, 15 Julai 2019, di Washington. -Gambar fail/AP
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Ras Adiba antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Acara Anugerah Wanita Berani Antarabangsa bagi 2023 dijadual berlangsung di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat pada Rabu.
Jabatan Negara AS lulus penjualan senjata kepada Arab Saudi, UAE
Di bawah syarat perjanjian pertama, Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai US$3.05 bilion.
Jawatankuasa Pilihan Khas syor agensi kerajaan beri penjelasan isu buruh paksa
Agensi kerajaan perlu memberi penjelasan berkaitan kedudukan Malaysia di Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2021 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
Jabatan Negara AS gesa rakyatnya tinggalkan Ukraine 'sekarang'
Amerika Syarikat sekali lagi menggesa rakyatnya meninggalkan Ukraine dengan kadar segera berikutan dakwaan ancaman tindakan ketenteraan Rusia.
Buruh paksa: Malaysia sedia jalin kerjasama strategik dengan AS
KSM sedia jalin kerjasama strategik dengan AS, dalam usaha menambah baik penguatkuasaan bagi meningkatkan jumlah sabitan kes buruh paksa.
Malaysia sasar tahap satu perangi pemerdagangan orang
Kerajaan menyasarkan penilaian tahap satu dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang menjelang tahun 2020.