TOKYO: Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung, lapor Sputnik.
Menurut pakar, risiko jangkitan dilaporkan kekal tinggi sehingga musim bunga.
Katanya, jika kadar jangkitan berterusan, wabak semasa akan menyaksikan lebih banyak ayam ini bakal dihapuskan berbanding tahun 2020 hingga 2021.
Jelasnya, burung penghijrah telah kembali ke Jepun lebih awal berbanding tahun sebelumnya dan jangkitan wabak ini bergerak lebih pantas ke seluruh wilayah.
Wabak ini turut menyebabkan harga ayam dan telur semakin meningkat di tengah-tengah inflasi dan peningkatan harga produk makanan.
Kes pertama selesema burung di Jepun dikesan pada Oktober dengan 53 wabak didaftarkan di 18 wilayah.
Justeru, pihak berkuasa dilaporkan mengenakan larangan pengangkutan ayam dan telur dalam lingkungan jarak 3 kilometer (km) di sekitar kawasan 'panas' serta melarang eksport ayam dan telur pada jarak 10 km. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Fri Dec 30 2022
Sekurang-kurangnya 7.3 juta ekor ayam telah dihapuskan di Jepun sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penularan wabak selesema burung. -Gambar fail/Reuters
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Jepun hapus 7.3 juta ayam akibat wabak selesema burung
Menurut pakar, risiko jangkitan dilaporkan kekal tinggi sehingga musim bunga.