Jepun: Kira-kira 40 cedera disebabkan Taufan Haishen

Bernama
September 7, 2020 03:24 MYT
Bumbung sebuah kilang kereta musnah akibat ditiup angin kuat susulan Taufan Haishen di Fukuoka, Jepun, 7 Sept, 2020. Foto oleh Kyodo melalui REUTERS
Taufan Haishen, yang melanda seluruh timur laut Asia sejak hujung minggu, turut menyebabkan kira-kira 40 orang di Jepun cedera, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut agensi berita Kyodo pada Isnin, lebih 8.5 juta orang diarahkan berpindah berikutan ancaman banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan taufan berkenaan.
Menurut penyiar NHK, angin kencang menyebabkan kerosakan besar pada sistem perkhidmatan elektrik, menyebabkan lebih 411,000 isi rumah mengalami gangguan.
Perkhidmatan kereta api juga dilaporkan terjejas manakala 579 penerbangan terpaksa dibatalkan.
BACA: Taufan Haishen membadai Jepun, penduduk Kyushu mula berpindah
Haishen mendarat di Jepun pada Ahad, kurang seminggu sejak negara itu dibadai Taufan Maysak yang menyebabkan kira-kira 20 orang cedera.
-- BERNAMA
#angin kencang #banjir #elektrik #gangguan #isi rumah #Jepun #kereta api #kerosakan #pindah #tanah runtuh #taufan #Taufan Haishen #Taufan Maysak