Malaysia, Singapura dan Brunei merupakan antara negara-negara di rantau ini yang sekali lagi berhadapan dengan fenomena jerebu berikutan kebakaran hutan di negara jiran kita, Indonesia.

Netizen dari negara masing-masing sekali lagi menggunakan media sosial untuk kongsi keadaan dan juga gambar-gambar.

Di Malaysia dan Singapura, kata kunci 'jerebu' atau 'haze' kian trending.

Manakala di Indonesia, netizen mereka menggunakan hashtag seperti #MelawanAsap, #PrayForRiau, dan #PrayForKalimantan.

Berikut adalah reaksi netizen tentang fenomena jerebu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei:

MALAYSIA

Kualiti udara di Malaysia nampaknya semakin merosot, terutamanya di beberapa kawasan di Sarawak dan Johor.

Dengan kualiti udara semakin merosot di Malaysia, rakyat berkongsi situasi jerebu serta tahap kesihatan mereka pada ketika ini di media sosial.

Kebanyakan netizen berkongsi rakaman gambar di persekitaran rumah dan tempat kerja mereka sambil menasihati orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti luar.

Ada juga segelintir netizen mengalami kemudaratan kesihatan berikutan jerebu yang semakin teruk.

Kesukaran untuk bernafas, batuk, pedih mata dan kerengsaan kulit merupakan antara masalah kesihatan yang dialami oleh mereka.














SINGAPURA

Kerajaan Singapura turut menyatakan rasa bimbang dengan keadaan jerebu yang semakin merosot, selepas bacaan IPU mencatat tahap tertinggi bagi tahun ini pada hari Khamis (10 Sept).

Memetik laporan The Straits Times Singapura, bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) tiga jam terus meningkat mencatat paras yang tidak sihat pada malam Khamis, dengan mencecah 193.

Berikut adalah reaksi penduduk Singapura berkenaan jerebu di negara mereka;








INDONESIA

Pada Selasa, kerajaan Indonesia memohon maaf atas masalah jerebu yang berpunca daripada negara itu.

Permohonan maaf berkenaan disampaikan ahli parlimennya, Hamdhani Mukhdar Said bagi pihak Kerajaan Indonesia atas kesulitan yang melanda negara-negara jiran, termasuk Malaysia dan Singapura.

Hamdhani yang bertanggungjawab ke atas Hubungan Antarabangsa dan Alam Sekitar, berkata kebakaran yang berlaku khususnya di Sumatera dan Kalimantan adalah berikutan musim kemarau serta tidak disengajakan.

Antara hashtag yang trending di Indonesia adalah #PrayforRiau dan #PrayForKalimantan, di mana Riau (Sumatera) dan Kalimantan terjejas teruk akibat jerebu.

Berikut adalah beberapa tweet yang menunjukkan situasi di Riau:




Berikut adalah situasi di Kalimantan menerusi gambar yang dimuat naik dalam minggu ini:



BRUNEI

Di Brunei, bacaan PSI mencatat paras baik hari ini, walaupun ia sebelum ini terjejas oleh keadaan jerebu beberapa hari lepas.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar Taman, dan Rekreasi bacaan PSI di Brunei-Muara adalah 46, Belait (45), Temburong (35) dan Tutong (40).

Kesemua daerah itu mencatat paras baik setakat jam 4 petang hari ini.