Jet pejuang Korea Selatan terhempas, 1 maut, 1 cedera parah

Bernama
April 5, 2018 20:36 MYT
Nahas berlaku ketika pesawat pejuang itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara selepas menyelesaikan satu misi. - Gambar hiasan
Seorang juruterbang Korea Selatan terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam nahas jet pejuang terhempas di wilayah tenggara negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.
Jet pejuang F-15K itu, yang berlepas dari pangkalan udara di bandar Daegu dalam wilayah Gyeongsang Utara pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (0430 GMT), terhempas di kawasan pergunungan dalam daerah Chilgok, kira-kira 290 kilometer di tenggara Seoul, kira-kira sejam kemudian.
Nahas berlaku ketika pesawat pejuang itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara selepas menyelesaikan satu misi.
-- BERNAMA
#cedera #jet pejuang #Korea Selatan #misi #pangkalan udara #terhempas