Jet pejuang MiG-23 terhempas di Michigan, Amerika Syarikat

Bernama
Ogos 14, 2023 05:19 MYT
Juruterbang sempat melentingkan keluar daripada pesawat sebelum terhempas semasa pertunjukan Thunder Over Michigan. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Sebuah pesawat pejuang MiG-23 terhempas semasa pertunjukan udara di Michigan Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS.
"NTSB sedang menyiasat nahas MiG-23 pada 13 Ogos berhampiran Ypsilanti, Michigan," kata lembaga keselamatan itu di X, pada Ahad.
Juruterbang yang melentingkan keluar dari pesawat sejurus sebelum terhempas semasa pertunjukan Thunder Over Michigan itu, ditemukan selamat di sebuah tasik, lapor Fox News.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi nahas. Punca nahas sedang disiasat.
-- BERNAMA
#MiG-23 #pesawat terhempas #Amerika Syarikat #Thunder Over Michigan