Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah

Agensi
Januari 20, 2021 15:43 MYT
Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff, dan Joe Biden serta isterinya Jill Biden tiba di bangunan Capitol pada bagi upacara angkat sumpah. - Foto AP
CAPITOL HILL: Joe Biden dan isterinya, Jill Biden tiba di Bangunan Capitol Hill AS bagi upacara pelantikannya sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Kamala Harris dan suaminya Doug Emhoff juga kelihatan menaiki tangga Capitol AS di seiringan dengan Biden memasuki pintu bangunan Capitol.
Harris dan Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.
LAPOR LANGSUNG MAJLIS ANGKAT SUMPAH JOE BIDEN, PRESIDEN A.S. KE-46 DI SINI
Bagaimanapun, Trump tidak hadir upacara angkat sumpah tersebut. Sebaliknya, Trump hanya memberikan ucapan perpisahan pada awal hari sebelum menaiki Air Force One dan menuju ke Florida.
#Joe Biden #Kamala Harris #Donald Trump #Capitol Hill #Presiden Amerika Syarikat ke-46