JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.
Joko Widodo menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin pada Khamis "menggariskan bahawa konflik mesti dihentikan serta-merta dan ruang untuk rundingan damai harus diberi keutamaan."
"Indonesia bersedia menyumbang ke arah matlamat ini," kata presiden itu.
Joko Widodo, juga dikenali mesra sebagai Jokowi, menerusi ciapan terbaharunya memaklumkan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan situasi di Ukraine serta kerjasama G20.
Jokowi juga menolak permintaan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy untuk bekalan senjata, sambil berkata permintaan itu bertentangan dengan dasar luar Indonesia.
Beliau bercakap dengan pemimpin Ukraine itu menerusi panggilan telefon pada petang Rabu.
Jokowi, menerusi siaran langsung hari ini, berkata kedua-dua pemimpin Putin dan Zelenskyy telah dijemput ke sidang kemuncak G20 pada November di Bali.
"Saya ingin menegaskan bahawa Indonesia berminat untuk menyatukan anggota G20. Tidak seharusnya ada perpecahan. Keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia. - Foto Instagram/Joko Widodo
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Pencemaran udara dapat ditangani dengan penglibatan Datuk Bandar, pemimpin masyarakat - WHO
Datuk Bandar bukan hanya berperanan memantau sesebuah wilayah, tetapi juga harus membudayakan setiap polisi yang diperkenalkan khususnya mengenai pencemaran udara.
KPT mahu lahir ramai pakar dalam bidang kesihatan planet
Kerajaan bercadang untuk memberikan penekanan untuk menghasilkan graduan yang seterusnya menjadi pakar dalam bidang Planetary Health atau Kesihatan Planet di masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zaini Ujang ketika ditemu bual Astro AWANI seusai memberikan ucapan bersempena penganjuran Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) pada Khamis berkata, untuk menjayakan perkara itu dua kerangka perlu dilaksanakan.
Kadar miskin tegar di Johor rendah, mampu diatasi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menoktahkan kadar kemiskinan tegar di Johor.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Katanya, Johor mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu, dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Jokowi mempengerusikan siri mesyuarat ASEAN dengan rakan kongsi
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual mempengerusikan beberapa siri mesyuarat dengan negara-negara rakan kongsi pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada Rabu.
Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan 'lebih adil untuk semua'
Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Presiden Bank Dunia Ajay Banga menangani kritikan meluas terhadap institusi kewangan itu dengan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil.
Wanita baling selipar ke arah Presiden Indonesia, Jokowi
Selain melempar selipar, wanita dengan pengenalan nama RT berusia 45 tahun tersebut juga cuba mencurahkan air mineral ke arah Jokowi.
Presiden Jokowi mulakan lawatan pertama ke Afrika
Presiden Joko Widodo (Jokowi) sedang menuju ke Afrika untuk mengadakan lawatan kerja ke empat negara di rantau itu, menjadi lawatan pertamanya ke benua itu sebagai presiden.
Ibadah korban terjemah rasa syukur dan ikhlas - Jokowi
"Harta yang kita miliki hanyalah titipan dan amanahNya, yang perlu dijaga, dijaga, dimanfaatkan dan dipenuhi dengan sebaik-baiknya demi manfaat rakyat."
Bukan pemimpin Arab, Sukarno yang pertama baca al-Quran di PBB
Apa yang dilakukan Sukarno melebihi tindakan pemimpin-pemimpin Islam di negara Timur Tengah, kata Ketua DPP Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan.
Agong berkenan terima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Negara hari ini.
Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Kunjungan Presiden Jokowi signifikan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.