SELEPAS menempuh perjalanan lebih 11 jam menggunakan kereta api berkelajuan tinggi, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi tiba di Kiev, ibu negara Ukraine.
Ketibaan pemimpin nombor satu Indonesia itu adalah untuk pertemuan empat mata dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk berbincang mengenai krisis berkaitan yang didepani negara bergolak itu, selain membuka sesi dialog berkenaan krisis global.
Memetik laporan Kompas.com, ketibaan beliau pada 8.50 pagi di Stesen Central Kiev turut disertai isterinya, Iriana Widodo serta Menteri Luar Retno Marsudi.
Mereka disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Ukraine, Dmytro Senik, Timbalan Menteri Ekonomi-Wakil Pelaburan Ukrain, Taras Kachka
Jokowi dilaporkan bakal berangkat ke Istana Maryinsky untuk bertemu dengan pemimpin negara itu.
Antara isu yang bakal menjadi tumpuan kedua-dua negara termasuk isu bekalan makanan seperti gandum dan baja yang mana kedua negara merupakan pembekal utama di pasaran global.
Dalam sesi perjumpaan kumpulan G7 di Jerman pada Isnin lalu, Jokowi menegaskan bahawa negara anggota perlu membantu Ukraine kembali meneruskan eksport gandum dan bercakap lebih jelas berkenaan sekatan yang dikenakan ke atas Rusia tidak merangkumi makanan dan baja.
Nickyson Nyambar
Wed Jun 29 2022
Jokowi bersama isterinya, Iriana tiba di Stesen Central Kiev kira-kira jam 8.50 pagi waktu tempatan. - Foto REUTERS
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Sanusi cadang PN ketengah calon Melayu di Kuala Kubu Baharu
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau akan membawa cadangan supaya gabungan itu mempertaruhkan calon Melayu bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'dok pahang' dengan duduk di Pahang
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor maklumkan kapsyen bertulis 'dok pahang' yang dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin pada bula Syawal membawa maksud tidak faham.
Johor jadi negeri paling maju dalam dua tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh dua tahun susulan pelaksanaan dua zon ekonomi khas di negeri itu.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
[TERKINI] Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turki.
Gempur 745: Penyeludupan yang diwarisi turun temurun
Razarudin berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan awal, senjata api yang diperoleh dari negara jiran Thailand itu dijual kepada suspek dengan harga lebih RM10,000 bagi sepucuk pistol.
Beliau berkata, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur, menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.
Beliau berkata, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur, menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.
Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.