Jual pesawat khas presiden melalui loteri US$6 juta

Astro Awani
Januari 29, 2020 01:16 MYT
Presiden Mexico yang baharu, Andres Manuel Lpez Obrador membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk menjual pesawat khas presiden melalui cabutan loteri. (Foto AP)
Presiden Mexico yang baharu, Andres Manuel López Obrador, membuat kejutan apabila mengumumkan akan menjual pesawat khas presiden melalui cabutan loteri.
Pesawat khas itu bakal dijual pada harga US$6 juta dengan hasil cabutan loteri berkenaan.
Manuel Lopez bercadang menggunakan wang hasil penjualan pesawat berkenaan bagi peruntukan kesihatan negara.
Sebelum ini, beliau berusaha menjual pesawat jenis Boeing 787 Dreamliner bernilai US$130 juta itu, namun gagal.
Pesawat itu berada di landasan udara Amerika Syarikat sejak setahun lalu dan masih tidak terjual.
Kos penyelenggaraan yang mencecah sehingga US$1.5 juta menyebabkan tiada yang berminat untuk membelinya.
Susulan itu, langkah menjual pesawat khas itu melalui loteri diharap akan membuahkan hasil buat Mexico.
#Amerika Syarikat #Boeing #jual kapal terbang #kesihatan #loteri #Mexico #pesawat #presiden #United States