Kematian pereka fesyen Kate Spade Selasa lalu menyebabkan jualan produk jenama itu meningkat 800 peratus.

Lapor Reuters, pasaran fesyen dalam talian Tradesy menyaksikan perselisihan harga purata, dua kali ganda bekalan dan peningkatan pembelian untuk beg tangan Kate Spade pada hari kematiannya.

Beg tangan yang pada minggu sebelumnya dijual pada harga AS$50 (RM199.50), melonjak menjadi AS$300 (RM1,197) pada 5 Jun, seiring koleksi baharu.

"Setiap kali seorang seniman meninggal dunia, adalah satu perkara biasa yang kita akan lihat adalah permintaan untuk produk mereka bertambah dan harga purata juga meningkat.

"Tetapi saya tidak pernah melihat peningkatan seperti ini sebelum ini," kata Kamini Lane, ketua pegawai pemasaran syarikat yang berpangkalan di Santa Monica.

Sebelum ini, pembuat beg tangan mewah, Tapestry Inc, yang membeli jenama Kate Spade tahun lalu, mengatakan bahawa penjualan jenama Kate Spade di kedai mengecewakan kerana pengurangan diskaun beg baharu telah menelan kos sekitar AS$200 hingga AS$300 (RM800 – RM2,000).

Kate Spade disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang dipercayai tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Associated Press, pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.

Portal berita CBS melaporkan, Spade meninggalkan sekeping nota sebelum menggantung dirinya.
Jasadnya ditemui oleh pembantu rumah.

BACA: Pereka fesyen Kate Spade ditemui mati dalam apartmennya