Kadar inflasi tahunan UK cecah 9.4 peratus, tertinggi dalam tempoh 40 tahun

Bernama
Julai 20, 2022 08:54 MYT
Kadar inflasi United Kingdom (UK) mencecah 9.4 peratus pada Jun, paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun. - Gambar hiasan/REUTERS
ISTANBUL: Kadar inflasi United Kingdom (UK) mencecah 9.4 peratus pada Jun, paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun, lapor Agensi Anadolu.
Pejabat perangkaan negara memaklumkan kadar inflasi tahunan itu berada pada paras tertinggi sejak Februari 1982 berdasarkan model anggaran inflasi harga pengguna.
Kadar itu mencecah sekitar 9.1 peratus pada Mei, manakala harga barangan turut meningkat 0.8 peratus pada Jun.
"Kenaikan harga bahan api dan makanan menyumbang kepada peningkatan itu," menurut pejabat berkenaan.
-- BERNAMA
#United Kingdom #kadar inflasi #UK #paras tertinggi