MOSCOW: Oxford English Dictionary memilih istilah slanga "mod goblin" sebagai perkataan tahun ini yang buat kali pertama kali dalam sejarah penerbitannya pemilihan perkataan itu berdasarkan undian awam.

Oxford Word of the Year mencerminkan etos, mod atau keasyikan sepanjang dua belas bulan lalu, berpotensi sebagai istilah yang mempunyai kepentingan budaya yang berkekalan, lapor Sputnik.

"Mod goblin", istilah slanga yang digunakan untuk menggambarkan jenis tingkah laku yang "mementingkan diri sendiri, malas, selamba atau tamak, lazimnya berdasarkan cara yang menolak norma atau jangkaan sosial," menurut penerbit kamus Oxford Languages.

Ungkapan itu mula digunakan di Twitter pada 2009 dan di media sosial pada Februari tahun ini.

Istilah ini popular selepas banyak negara melonggarkan sekatan COVID-19, termasuk sekatan perjalanan, dengan kira-kira enam orang mula menolak idea "kembali kepada kehidupan normal", memberontak terhadap "pendirian estetik yang semakin tidak dapat dicapai dan gaya hidup tidak mampan yang dipamerkan di media sosial."

Undian untuk memilih Word of the Year telah dijalankan dalam talian sejak dua minggu lepas dengan lebih 300,000 penutur bahasa Inggeris mengundi. Istilah "metaverse" berada di tempat kedua dan hashtag "IStandWith" di kedudukan ketiga

--BERNAMA